Saya ingin menanyakan bagaimanakah caranya untuk menjadi
seorang jugambar bebas? Apakah prosedur yang perlu untuk mencapai ketahap
jurugambar professional.?
Siapakah (badan-badan kerajaan/swasta) yang mengesahkan bahawa seseorang
itu
betul-betul telah menjadi professional?
Topik yang saudara bawa amat menarik untuk dibincangkan. Malahan sudah
lama saya bincangkan dengan beberapa rakan-rakan yang sealiran.
Jurufoto atau photographer adalah satu gelaran untuk orang yang boleh,
suka, rajin merakam foto. Ia adalah sebutan sahaja. Katakan kalau saudara
memegang kamera
lantas rakan-rakan akan mengelar Jurufoto/Photographer/Cameramen. Ramai
yang suka dengan gelaran itu!! Saya sekitar tahun 1972 sudah terpengaruh
dengan gelaran itu sebab sering melihat jurufoto berada pada barisan hadapan
ketika berada di
mana-mana majlis/peristiwa.
Hasilnya tahun 1979 saya menjawat jawatan Jurufoto di UKM hingga kini.
Hidup saya seperti anggota keselamatan tidak bersenjata, akan merasa
kekok bila ke mana pergi tidak membawa kamera. Jika bawa kamera tidak
cukup filem saya jadi rimas seperti penembak tidak cukup peluru!!!!
Tapi siapa saya? Saya cuma kakitangan UKM/kerajaan seperti lain-lain orang
yang berjawatan Kerani, Juruteknik, dan lain-lain staff. Tak lebih dari
itu, jika saya bertindak lebih dari itu saya akan dikenakan tindakan tatatertib.
Tambahan dengan ada AKU JANJI saya dan lain-lain staff (mungkin sdra)
akan terperangkap.
Senario di Malaysia belum wujud badan yang mengiktiraf Jurufoto seperti
mana ada badan-badan yang mengiktiraf profession Doktor, Peguam, Akauntan,
Jururawat,
Phisioteraphy, Juru Xray, Guru dan seumpamanya.
Jurufoto seperti pelukis, penulis yang boleh berkarya tanpa pengiktirafan.
Jurufoto adalah staff kerajaan, swasta (akhbar/majallah misalnya), peniaga
(membuka
studio).
Ramai yang bekerja sebagai Arkitek, Pegawai Tadbir, Kerani, Juruteknik
dan sebagainya berjaya sebagai jurufoto. Sebulan lebih beribu ringgit
dia perolehi hasil kerjanya dengan membuat kerja-kerja partime.
Setakat ini yang saya lihat pengiktirafan yang berlaku adalah hasil usaha
seseorang itu sendiri. Contoh dengan mengadakan pameran, bengkel, menyiarkan
hasil karya dalam majallah dalam atau luar negara. Kalau ada persatuan
atau pertubuhan tapi belum boleh mengiktiraf. Kerana persatuan yang ada
hanyalah bersifat seperti persatuan lain. Persatuan itu hanya membuat
kegiatan bengkel, pertemuan dan bukan
mengiktiraf. Kita belum ada persatuan seperti pelukis yang boleh mengiktiraf
seseorang pelukis. Pelukis juga perlu berusaha sendiri dengan belajar,
membuat pameran untuk mendapat pengiktirafan.
Ramai jurufoto yang bekerja dengan orang-orang kenamaan seperti Yang Di
Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja, tapi masyarakat tidak kenal
mereka. Kalau ada seperti Eris Peris, Hamzah Hurmin, Salleh Osman, Ahmad
Nayan (sekadar menyebut beberapa nama) mereka terkenal dengan pameran,
bengkel, kursus, dan penerbitan buku. Ada juga menjadi pensyarah di universiti.
Eris Perris, menulis untuk NST, Hamzah Hurmin menulis untuk Berita Harian,
membuat buku dan bertugas di sana dan sudah bersara. Salleh Osman, pernah
bekerja di NST dan Tan Chong, Ahmad Nayan, bekas pensyarah, pegawai koporat
dan pernah menerbitkan buku.
Dalam menceburi bidang fotografi, yang mustahak hasil kerja. Kalau membuat
kerja untuk Wedding Photography, anda akan menjadi terkenal di
tempat anda. Maka itu adalah pengiktirafan. Jika staff di mana-mana organisasi,
cara kerja kita akan membezakan kita dengan staff lain. Kalau mahu pengiktirafan
boleh, tapi lakukan kerja yang amat bermutu.
Jurufoto Professional adalah orang yang berja agak berbeza dengan orang
lain. Umpamanya anda boleh mencetak foto Hitam Putih, proses filem hitam
putih,Cetak dan proses filem warna, Proses Slaid. Mahir dalam membuat
penyalinan foto. Mahir dalam studio dengan pandai menggunakan cahaya studio.
Jika dalam bidang digital; mahir menggunakan PhotoShop dan lain-lain perisian.
Mahir dalam Super Impose. (Tapi jangan buat kerja pelik-pelik yang
ditegah oleh agama & undang-undang!!!!!?)
Pandai dalam bidang penulisan satu keutamaan. Pandai memberi ceramah dalam
kursus juga boleh menghasilkan wang.
Ada rakan saya seorang jurfoto, dia rajin belajar dan kini sudah ada Phd.
Hasilnya beliau kini pensyarah di dalam bidang multimedia.
Saya belum kenal sdra, tapi jika sdra memegang apa-apa jawatan, dengan
jawatan itu anda boleh menjadikan fotografi sebagai media untuk berkarya.
Sebagai contoh; seorang Doktor dalam bidang sakit puan. Beliau boleh merakam
foto untuk mengasilkan sebuah buku mengenai ibu-ibu mengandung. Rakan
saya, seorang pakar kerawar dia boleh mengasilkan foto-foto yang kena
mengena dengan haiwan tersebut.
Allahyarham Dr. H.A. Halim bekas Kurator Muziam Negara, Karyawan Tamu
UKM, Pemegang Doktor Kehormat UKM adalah Jurufoto yang baik. Hasilnya
beliau pernah menulis, menerbitkan buku-buku mengenai budaya, sejarah.
Saya lihat hasil karya fotografinya cukup bermutu.
Ayuh jangan berlengah lagi teruskan usaha. Mulakan sekarang. Peluang untuk
kita banyak. Untuk mencapai ke tahap saya sebenarnya telah bermula
pada tahun 1972. Hasilnya saya berpuashati walaupun saya belum boleh digelar
apa-apa gelaran tapi saya boleh membangunkan minat ramai anak-anak muda,
terutama melayu. Hasilnya saya sudah ada ramai rakan-rakan, pelajar yang
belajar ilmu fotografi. Sebenar saya belum diiktiraf oleh mana-mana badan;
namun sudah cukup untuk saya mencari rezeki di UKM sejak 1979.